Cerita Laksa Je…

Cerita Laksa Je…

Assalamualaikum and hai frens! Happy sunday 😉

Hari ni saja nak up story pasal laksa. Hehhehe..

Dulu, dulu zaman kanak-kanak, aku memang sangat tak suka makan laksa. Pandang laksa pun tak de perasaan. 

Lately, tak ada lah baru sangat. Adalah dalam awal 2012.. Aku tiba-tiba suka makan laksa. Apakah? 

Macam-macam jenis laksa penang aku cuba.. Ada yang sedap tapi cair,ada yang warna merah sebab guna sardin dalam tin,ada yang mahal tapi rasa hampeh.. Macam-macam..

Owh lupa. Aku mula suka makan laksa yang mak aku buat. Sebelum ni, mak aku malas dah nak masak laksa sebab aku memang tak akan sentuh laksa. Siap basi-basi kuah laksa dekat rumah tu sebab tak ada orang nak makan.

Kampung

Sekarang ni, bila aku balik kampung je mesti aku request mak masak laksa. Bagi aku.. Cara mak aku buat kuah laksa lain sikit. Tak macam yang selalu orang utara buat. Well mungkin mak aku orang sabah. Cedok resepi dari orang-orang keliling lepas tu tambah tu sikit,kurangkan tu sikit.. 

Mak cakap, orang yang jual laksa tu dia buat biasa-biasa je. Ye lah, nak buat jual..rugilaa kalau nak lebihkan segalanya. Kuah sikit lepas tu tak pekat, laksa nak banyak ke..rugilah dorang.

Aku iye kan je mak cakap.. 

sebab aku tahu laksa mak sedap sebab mak letak ikan banyak-banyak lepas tu mak tak letak pun belacan! Mak cakap kalau belacan tu tak sedap, nanti kuah laksa pun ikut tak sedap!

Owh.. Mungkin sebab tu kot laksa yang aku beli tak sedap. Belacan memainkan peranan penting!

Ala, sebab belacan je pun..

Lepas ni boleh tukar.. Kerana belacan, rosak kuah laksa seperiuk. Boleh?

*double meaning*

hahhhhahahha.. 

 Till then~