Last Julai :)

Assallammualaikum (n_n)V 

Hi, hai.. hai.. hai.. 🙂 selamat berpuasa korang. Sihat ke? ke dah demam raya? Haih, kejap je dah hari rabu eh. Tak terasa langsung, rasa macam baru je balik dari perak, tup tup semalam hantar mak dan abah pergi airport pulak. Huhuhu…

Dengar lagu raya dan dan rasa mengelupur. Gila tak sabar nak balik raya. Nampak sangat aku ni semangat sangat nak raya. Dah dua hari aku siapkan kerja sambil fefiling raya. Buat kerja pun dah tak betul. hehehe..

Hari Jumaat pagi, ada sesi gathering unit aku dekat Annexe, aku masuk game menaip terpantas. Ohh.. mahu petang aku hilang tak masuk opis ni. Hari ini baru hari rabu, tapi rasa macam dah tak ramai orang kerja daa. Masing-masing dah mood raya rasanya.

Buat pertama kalinya, tahun ni aku tak beli kuih raya, yang ada pun beli popia udang je buat makan-makan lepas buka puasa. Kuih lain nan-hado. Duit raya pun macam tak pasti lagi nak masukkan berapa dalam sampul. 

Tahun ni tak raya dekat Perak. Alhamdulillah, akhirnya tahun ni terlaksana jugak hajat nak sponser tiket balik raya dekat Sabah untuk Mak dan Abah, plus abah siap angkut cucu kesayangan 🙂 

Semalam, mak dan abah sampai dekat airport dalam pukul 8.40 malam. Aku pulak gigih drive dari Pantai Dalam ke KLIA, dah separuh jalan baru sedar diri rupanya airport tu jauh. Selama ni tak perasan, biasalah, tak pernah drive ke sana.

Mak dan Abah naik flight pukul 6.30 pagi. Erm.. adalah dalam 7 jam menunggu. Pada aku okeylaa harga parkingnya. Reasonable laa.. 😉 

Budak tecik ni sangat behave. Actually, aku sangat risau kalau dia tak lepas immigration, ye laa… budak kecik travel dengan atuk dan opah, gila saiko aku kejap sebab risaukan dia. Risau.. Tapi alhamdulillah, semua okey.. dia pun happy sangat, tak banyak kerenah, cuma semangat sangat nak tawaf satu airport, serius penat nak ikut dia berjalan. Sekejap-sekejap tak nampak atuk, opah dengan acu dia, mesti dia panggil sambil kerut – kerut dahi budget orang – orang ni degil macam dia. Hahahaha 🙂

Mak dan abah dah touch down dah dekat KK, Pak cik aku yang kerja Pegawai Kastam kat Airport ambil then hantar balik kampung, tinggal rumah arwah nenek aku. Tadi abah call bagitahu anak buah aku ni sangatlah mesra alam, dengan kucing pun nak gaduh… serius dia sangat gembira setakat ni. Dia tak tahu pulak yang ayah dia raya seorang-seorang dekat tempat kerja. Kesian pula bila ingatkan pasal abang aku. Tahun ni dia raya seorang-seorang, kak ipar dengan anak buah lagi seorang balik rumah mak dia, abang aku kena stay back.

Serius rasa pelik bila tak raya dekat Perak ni. Dah laa lagu raya dekat radio tak habis-habis. Buat aku tak tentu arah je. Cepatlah hari jumaat heh!

Tahun ni aku cuti dari 3 ogos sampai 12 ogos, Tu dia, lama kot, budak rumah pun cakap aku cuti lama. Tapi pada aku tak ada lama manapun sebab ada orang cuti lagi lama dari aku… siap ada yang cuti dua minggu kot! hehehe 🙂

Petang ni nak g survey power bank. Nanti balik KK taklah mengelupur nak cari charger. Susah betullah henfon sekarang ni, bateri asyik kong saje. Tambah kalau on GPS, laju je bateri habis macam air…

Okey, tu je nak dikepochikan. Nak sambung tido kejap.. ngantuk nyeeeeee…

** Hari ni birthday Encik Bulat… alo, dah tua dah diaa.. 😉 hahahaha… heppy birthday awk.. Raya ni insyaAllah genap setahun dah tunang.. Alhamdulillah, semoga dipanjangkan jodoh. Ameen 😉

k, bye