Tak Sedap Hati

Tak Sedap Hati

Assallammualaikum (n_n)V

Erm.. Tiba-tibakan aku rasa macam tahu je siapa stalker yang report hal manuskrip hari tu dekat budak tu. Agak mustahillah budak tu tahu blog aku. Erm…

Dari semalam aku terfikir-fikir pasal follower kt fb seorang ni. Erm.. Kang aku tanya dia salah sangka pulak. Tapi hati aku kuat merasakan dia.

Cara dia tanya pun lain macam sampai mendatangkan curiga pada aku. Entahlaa, tak tahu nak cakap macammana.. Ye laa, orang boleh cakap macam-macam, tapi aku je yang menanggungnya.

Emosi

Bukannya orang tahu macammana aku sibuk siapkan last chapter manuskrip tu masa tengah tunggu abah operation jantung hari tu. Betapa aku berkejar nak siapkan untuk pastikan manuskrip aku keluar paling tak hujung tahun ni. Sedih tau!

Erm..semalam aku dah mula print dah.tak tahu kenapa, aku betul-betul rasa nak print whole manuskrip tu. sabar je lah ni haa..

Well kalau ada yang tiba-tiba kena block dekat fb tu.. Faham-faham je lah..

Aku tak kisah kau nak minat siapa, aku tak kisah kau nak dengar cakap siapa yang betul. Tapi kata-kata kau ada double meaning. Dan.. Aku cukup tak suka bila tiba-tiba aku rasa tak sedap hati ni…

Pesanan aku, kau tak ada dekat tempat aku, kau tak rasa apa aku rasa. So, berhenti jadi reporter. Sila jaga life sendiri. Walaupun life kau indah, tu tak bererti kau kena jaga tepi kain aku yang dah sedia koyak ni. Cek diri sendiri dulu, kot kot kain kau rabakkkk. Erm…

 Till then~