Tak Tercapai Dek Akal

Assallammualaikum (n_n)V

Dulu-dulu, aku mula pakai handfone agak canggih sikit masa nak PMR. Pada aku masa tu. Memang handfone tu laa paling canggih yang aku rasa. Siap dengan cover warna-warni, gambar doraemon lah, cover yang lutsinar warna putih, hijau, pink, etc etc etc.

Fweh.. rindu nak guna handfone tu weh! Kelakar bila fikirkan teknologi. Dulu-dulu tak tercapai dek akal nak pakai telefon canggih-canggih, tak dapat terima dek akal yang orang boleh berfb, ber instag, berblog dari handfone. Dulu, yang aku tahu, orang guna handfone sebab nak SMS paling gempaklah!

Dulu-dulu, game ular  memang benda paling gempaklah! betul tak?

Ini lah handfone yang menjadi kegilaan dulu-dulu. Dulu dah cukup bangga dah kalau ada handfone ini. Bila kita punya handfone dah tukar housing, lampu dah tukar, mulalah time-time tu nak tunjuk riak dengan kawan sebelah. Saja je nak tunjuk cover baru 🙂 paling tak boleh blah, siap boleh jeling-jeling lagi. Pernah sekali aku sakit hati dengan abang aku bila tengok handfone dia siap ada lampu LED warna-warni. Kejelesan apakah ini? haahhahaha.

Lepas aku SPM, aku dah kerja kilang sekejap, tiba-tiba jakun kejap tengok handfone orang ada radio, lepas tu butterfly lah, engagelah, sabunlah.. sampai aku dekat kolej, mulalah keluar pulak telefon ada skrin berwarnalah, etc etc..

Sampailah sekarang, siap boleh berwhatsapplah, fb lah, instag bagailah.. tak tercapai dek akal aku dulu kala, rupanya handfone semua dah maju macam hari ni.

Gila kampung rasanya bila tengok orang guna galaxy tab buat panggilan telefon. Kejakunan apakah ini? Tapikan, serius aku rindu nak guna handfone yang macam dulu, yang bila berbunyi tu jiran-jiran siap boleh dgr ringtone, handfone yang dulu, kita nak pilih ringtone lagu siti nurhaliza, gigih taip satu-satu huruf, lepas tu dengar, bila rasa okey baru save, lepas tu bangga bila orang dengar ringtone kita lepas tu siap copy dalam buku tulis huruf-huruf tu.

Gila rasanya. Lagi gila bila sanggup beli majalah yang ada huruf-huruf kod lagu tu untuk di jadikan ringtone.

Rindunya saat tu. Haih!